PERJALANAN BERMULA...MOGA DIMUDAHKAN


Monday, July 23, 2018

RUMAWIP RESIDENSI KEPONGMAS 2

Assalammualaikum
Selepas 5 tahun tk pernah tulis apa apa kat sini
Hari ni terpanggil untuk kongsi pengalaman dengan urusan RUMAWIP ni

Alhamdullilah, saya dah berjaya dapat RUMAWIP KEPONGMAS 2
So, meh nak kongsi serba sedikit perjalanan dan pengalaman nak dapatkan RUMAWIP ni

1. Mula mendaftar di sini https://rumawip.kwp.gov.my/ pada 4 Oktober 2017

2. Isi permohonan online untuk RUMAWIP KEPONGMAS 2 pada 15 Januari 2018
    Cetak borang selepas maklumat lengkap diisi

3. Hantar borang yang lengkap dengan Pesuruhjaya Sumpah ke DBKL pada 17 Januari 2018

4. Hari hari check email dan buka website untuk tahu status pemohonan. Tapi hampa

5. 24 May 2018, dapat mesej "Congratulation DBKL already approved for balloting. please come to sale gallery, please prepare 10%"

6. Setelah sesi pinjam meminjam, korek tabung segala ada...maka pada 1 Jun 2018 saya pun menghadirkan diri ke sales gallery Aset Kayamas di Jalan Klang Lama...Berikut adalah proses semasa sana:
     *Pemaju minta cheque 10%
     *Cabut undi
     *Wakil Pemaju akan minta isi beberapa form yang minta kita selesaikan segala urusan dengan bank dalam masa 21 hari. Sekiranya gagal, ada penalti dikenakan. Dan pemaju juga bg list bank dan contact person untuk kita buat urusan. 10% akan dikembalikan sekiranya 2 bank reject permohonan. Tapi dalam tempoh 21 hari saja. Kalau kita yg nak cancel, 10% dari deposit tu akan dicaj.
    *Sign SnP....ada wakil dr lawyer firm di sini.

7. Mula contact bank bank yang ada dalam senarai tu. Alhamdullilah, CIMB dan Hong Leong antara yang pantas membalas

8. 22 June 2018, CIMB bank loan approved!! Homeflexi Smart-i

9. 26 June 2018, sign LO with bank. Semua dokumen dihantar oleh bank kepada lawyer.

10. 13 July 2018, dapat mesej dari Khor & Rafiah dah minta datang sign documents perjanjian semua. Since office diaorg tgh berpindah randah, maka appointment dibuat di Sales Gallery Aset Kayamas. 

11. 20 July 2018, maka tandatangan pada perjanjian pun diturunkan, berserta bayaran kepada lawyer lebih kurang RM2.8k.

12. Alhamdullilah, selesai segala urusan dan dipermudahkan. Tunggu Februari 2021 la kita update pulak rumah tu mcm mana.

13. Nanti kita update pulak nak buat pengeluaran epf akaun 2 macam mana ok.





Sunday, April 28, 2013

Cuti-cuti: Gunung Jerai, Kedah

Jumaat (26/4/13), setelah bertahun-tahun lamanya..kitaorg decided utk pergi bercuti ke Gunung Jerai..whattt?? Yes, Gunung Jerai, Kedah :) plan asal ke Langkawi cancel last minute..
Apa yg boleh diberitahu...percutian yg agak menarik..mcm biasa, maklah orang yg paling bz menyediakan makanan utk dibuat bekal...yup, mak sangat cerdik!! Sampai di atas mmg kita terputus dgn dunia luar...ahahaha...mmg lapar tahap gaban...hanya ada cafe hotel sahaja yg harganya mampu mengempiskan poket abg iparku :)
Sebenarnya, buat pengunjung yg tak nak bawa kenderaan naik ke puncak..ada van menunggu di kaki gunung....dengan bayaran RM10 seorg utk perjalanan dua hala.
Aktiviti malam sangat terhad...suasana sejuk dan sunyi sangat sesuai utk merehatkan mata dan minda...mungkin sesuai utk pasangan baru berkahwin...hehe
Kesimpulan, utk mereka yg mencari kedamaian sambil melihat keindahan ciptaan Illahi..inilah tempatnya


Jalan menaiki ke puncak

Jalan kenderaan.dalam 12km ke puncak!!

Ku ukir namamu di awan gunung jerai

Awas!! Selekoh tajam

Jerai Regency Hotel

The hotel

Our room....nice!!

pool

Subhanallah! Indahnya ciptaan Illahi

Muzium perhutanan..agak menarik

we r happy!!

kanak-kanak riang

Sunday, August 21, 2011

Hanya Dia yang tahu...

Abah, ucapan selamat hari ulangtahun bukan lagi yang abah minta
Baju, seluar, dompet duit, tali pinggang baru...juga bukan lagi menjadi keutamaan abah
Doa...doa...dan doa dari anak2 itulah hadiah terbaik untuk abah...
Rasa macam baru semalam kita bersama...rasa macam baru semalam mendengar tawa abah
Ya, Allah....sekiranya saat ini abah sedang menjalani ujian paling hebat dari-Mu, Kau ringankanlah penderitaannya...semoga abah bersama mereka yang beriman...Amin




Friday, August 19, 2011

Alhamdullilah...

Berkat bulan Ramadhan...apa yang aku mohon dan doa dimakbulkan Allah...
Syukur Ya Allah, semoga perjalanan yang baru nak bermula ni dipermudahkan oleh-Mu
Begitu banyak rintangan yang aku terima selapas aku dapat offer letter ni
Hari-hari aku menangis...kalau lah ada arwah abah...semuanya mungkin mudah bagiku
Tapi aku nekad...mungkin ini sudah tertulis buatku...ini juga penawar untuk aku sebenarnya...
Selepas banyak kisah seduh berlaku tahun ini....mungkin ini boleh jadi pengubat
Insyallah....




Saturday, June 25, 2011

Kenduri Tahlil Part 2

Terima kasih pada yang sudi hadir....
semoga Allah sahaja yang membalas budi dan jasa semua...


Tahlil kali ini ramai kawan2 mak dan saudara mara dijemput
pagi2 bacaan yasin dan tahlil org geng-geng mak
lepas jumaat baru tahlil geng-geng lelaki...


Alhamdullilah, mereka yang datang sangatttt ramai, dan semuanya cukup sempurna








Friday, June 24, 2011

Kenduri Tahlil Part 1

Kenapa saya suka kalau buat kenduri??
kami adek-beradek dapat kumpul semeja...makan2, cerita sal hal dulu2....
alangkah indahnya kalau arwah abah masih ada...

menghabeskan sisa2 kenduri sambil bergosip mmg aksi sgt hebat


Monday, June 20, 2011

Solat Sunat Dhuha

"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Waktu solat sunat Dhuha ialah pada di antara pukul 7.30pg hingga 11pagi. Baginda Rasullah menjelaskan, "Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya"

Cara-caranya
1) Bilangan rakaat ialah 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Niat Solat Sunat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala



3) Pada Rakaat pertama, dianjurkan membaca Fatihah dan surah As-Syam 
4) Pada rakaat kedua, selepas Fatihah, baca surah ad-dhuha
5) Doa yang disarankan dibaca selepas solat sunat dhuha

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Bg mereka yang tidak menghafal surah-surah As-syams dan ad-dhuha....boleh juga membaca surah-surah yang diingati....Islam itu mudah, cuma jangan dipermudahkan...Mudah-mudahan, dengan sedikit info ni menjadi amalan saya dan juga semua orang...Insyallah

Sumber: