"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Waktu solat sunat Dhuha ialah pada di antara pukul 7.30pg hingga 11pagi. Baginda Rasullah menjelaskan, "Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya"
Cara-caranya
1) Bilangan rakaat ialah 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Niat Solat Sunat Dhuha
أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
3) Pada Rakaat pertama, dianjurkan membaca Fatihah dan surah As-Syam
4) Pada rakaat kedua, selepas Fatihah, baca surah ad-dhuha
5) Doa yang disarankan dibaca selepas solat sunat dhuha
Bg mereka yang tidak menghafal surah-surah As-syams dan ad-dhuha....boleh juga membaca surah-surah yang diingati....Islam itu mudah, cuma jangan dipermudahkan...Mudah-mudahan, dengan sedikit info ni menjadi amalan saya dan juga semua orang...Insyallah
Sumber:
nak like tapi..takde button ;)
ReplyDelete