PERJALANAN BERMULA...MOGA DIMUDAHKAN


Monday, July 23, 2018

RUMAWIP RESIDENSI KEPONGMAS 2

Assalammualaikum
Selepas 5 tahun tk pernah tulis apa apa kat sini
Hari ni terpanggil untuk kongsi pengalaman dengan urusan RUMAWIP ni

Alhamdullilah, saya dah berjaya dapat RUMAWIP KEPONGMAS 2
So, meh nak kongsi serba sedikit perjalanan dan pengalaman nak dapatkan RUMAWIP ni

1. Mula mendaftar di sini https://rumawip.kwp.gov.my/ pada 4 Oktober 2017

2. Isi permohonan online untuk RUMAWIP KEPONGMAS 2 pada 15 Januari 2018
    Cetak borang selepas maklumat lengkap diisi

3. Hantar borang yang lengkap dengan Pesuruhjaya Sumpah ke DBKL pada 17 Januari 2018

4. Hari hari check email dan buka website untuk tahu status pemohonan. Tapi hampa

5. 24 May 2018, dapat mesej "Congratulation DBKL already approved for balloting. please come to sale gallery, please prepare 10%"

6. Setelah sesi pinjam meminjam, korek tabung segala ada...maka pada 1 Jun 2018 saya pun menghadirkan diri ke sales gallery Aset Kayamas di Jalan Klang Lama...Berikut adalah proses semasa sana:
     *Pemaju minta cheque 10%
     *Cabut undi
     *Wakil Pemaju akan minta isi beberapa form yang minta kita selesaikan segala urusan dengan bank dalam masa 21 hari. Sekiranya gagal, ada penalti dikenakan. Dan pemaju juga bg list bank dan contact person untuk kita buat urusan. 10% akan dikembalikan sekiranya 2 bank reject permohonan. Tapi dalam tempoh 21 hari saja. Kalau kita yg nak cancel, 10% dari deposit tu akan dicaj.
    *Sign SnP....ada wakil dr lawyer firm di sini.

7. Mula contact bank bank yang ada dalam senarai tu. Alhamdullilah, CIMB dan Hong Leong antara yang pantas membalas

8. 22 June 2018, CIMB bank loan approved!! Homeflexi Smart-i

9. 26 June 2018, sign LO with bank. Semua dokumen dihantar oleh bank kepada lawyer.

10. 13 July 2018, dapat mesej dari Khor & Rafiah dah minta datang sign documents perjanjian semua. Since office diaorg tgh berpindah randah, maka appointment dibuat di Sales Gallery Aset Kayamas. 

11. 20 July 2018, maka tandatangan pada perjanjian pun diturunkan, berserta bayaran kepada lawyer lebih kurang RM2.8k.

12. Alhamdullilah, selesai segala urusan dan dipermudahkan. Tunggu Februari 2021 la kita update pulak rumah tu mcm mana.

13. Nanti kita update pulak nak buat pengeluaran epf akaun 2 macam mana ok.





8 comments:

  1. so u start byr pd bank lps siap rumah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayar by progress rumah dibina...baru ni dah dpt salinan notice of payment pemaju kepada bank...utk byr 10%, so mungkin dlm masa terdekat ni dh nk kena start progressive payment

      Delete
  2. bayaran 2.8k kpd peguam tu utk s&p ke?bukan s&p free ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer...kena bayar kpd lawyer masa nak sign s&p..

      Delete
    2. Maaf....bukan masa nk sign s&p....masa sign s&p mmg tiada bayaran apa2...selepas dh urusan bank settle..lawyer akan contact utk sign 'Bank's Security' document..masa tu la kena sertakan bayaran rm2.8k tu

      Delete
  3. bank security document tu ape ye?

    ReplyDelete
  4. tahu x cara mndapatkan full loan...?

    ReplyDelete
  5. slm sis.. sy bru je nak apply rumawip. boleh listkan senarai dokumen yg bank & lawyer akn bg kat kita sebagai pembeli sbaik sahaja dah sign semua dokumen2 (eg: LO, snp, etc). Saya risau kot2 ada dokumen yg sy x dapat untuk simpanan.

    ReplyDelete