PERJALANAN BERMULA...MOGA DIMUDAHKAN


Sunday, August 21, 2011

Hanya Dia yang tahu...

Abah, ucapan selamat hari ulangtahun bukan lagi yang abah minta
Baju, seluar, dompet duit, tali pinggang baru...juga bukan lagi menjadi keutamaan abah
Doa...doa...dan doa dari anak2 itulah hadiah terbaik untuk abah...
Rasa macam baru semalam kita bersama...rasa macam baru semalam mendengar tawa abah
Ya, Allah....sekiranya saat ini abah sedang menjalani ujian paling hebat dari-Mu, Kau ringankanlah penderitaannya...semoga abah bersama mereka yang beriman...Amin




Friday, August 19, 2011

Alhamdullilah...

Berkat bulan Ramadhan...apa yang aku mohon dan doa dimakbulkan Allah...
Syukur Ya Allah, semoga perjalanan yang baru nak bermula ni dipermudahkan oleh-Mu
Begitu banyak rintangan yang aku terima selapas aku dapat offer letter ni
Hari-hari aku menangis...kalau lah ada arwah abah...semuanya mungkin mudah bagiku
Tapi aku nekad...mungkin ini sudah tertulis buatku...ini juga penawar untuk aku sebenarnya...
Selepas banyak kisah seduh berlaku tahun ini....mungkin ini boleh jadi pengubat
Insyallah....




Saturday, June 25, 2011

Kenduri Tahlil Part 2

Terima kasih pada yang sudi hadir....
semoga Allah sahaja yang membalas budi dan jasa semua...


Tahlil kali ini ramai kawan2 mak dan saudara mara dijemput
pagi2 bacaan yasin dan tahlil org geng-geng mak
lepas jumaat baru tahlil geng-geng lelaki...


Alhamdullilah, mereka yang datang sangatttt ramai, dan semuanya cukup sempurna








Friday, June 24, 2011

Kenduri Tahlil Part 1

Kenapa saya suka kalau buat kenduri??
kami adek-beradek dapat kumpul semeja...makan2, cerita sal hal dulu2....
alangkah indahnya kalau arwah abah masih ada...

menghabeskan sisa2 kenduri sambil bergosip mmg aksi sgt hebat


Monday, June 20, 2011

Solat Sunat Dhuha

"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Waktu solat sunat Dhuha ialah pada di antara pukul 7.30pg hingga 11pagi. Baginda Rasullah menjelaskan, "Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya"

Cara-caranya
1) Bilangan rakaat ialah 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Niat Solat Sunat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala



3) Pada Rakaat pertama, dianjurkan membaca Fatihah dan surah As-Syam 
4) Pada rakaat kedua, selepas Fatihah, baca surah ad-dhuha
5) Doa yang disarankan dibaca selepas solat sunat dhuha

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Bg mereka yang tidak menghafal surah-surah As-syams dan ad-dhuha....boleh juga membaca surah-surah yang diingati....Islam itu mudah, cuma jangan dipermudahkan...Mudah-mudahan, dengan sedikit info ni menjadi amalan saya dan juga semua orang...Insyallah

Sumber:

Sunday, June 19, 2011

HARI AKU DILAHIRKAN...

Alhamdullilah...sudah genap 27 tahun saya bernafas di muka bumi Allah ni
27 tahun juga aku menikmati semua keindahan, zat, nikmat dan rezeki yang Allah beri pada aku
Berhenti berfikir sekejap...byk mana sudah amalan aku....?? bagaimanakah tanggungjawab aku pada yang Maha Esa...?? apakah aku sering bersyukur dengan nikmat-Nya....?? Ya, Allah jangan lah Kau golongkan aku dikalangan mereka yang lalai dan tidak pernah bersyukur pada-Mu 

Untuk mak.....aku bersyukur punya mak yang selalu memberi nasihat untuk ku....yang selalu menegur setiap perbuatan yang tidak baik...walau pun tegas dan garang, tapi sekelumit pun aku tidak pernah punya perasaan marah atau benci padanya.....walau ramai yang yakin aku tidak boleh duduk serumah dengan mak...tapi aku buktikan, mak adalah yang terbaik di dunia....aku bersyukur....terima kasih mak, kerana bertarung nyawa 27 tahun yang lalu untuk melahirkan cik....27 tahun menjaga, membesar dan mendidik anak ini sebaik-baiknya...org tak punya wang beribu utk beri pada mak....doa cik semoga Allah membalas setiap pengorbanan mak, semoga Allah memberi kebaikan pada setiap air susu mak yang mengalir dlm tubuh ini....
orang sayang mak....

Dan, tahun ni juga....mak dan kak kesayangan buat kejutan...aku pasti, mereka tak nak aku sedih...sebab selalu, arwah abah la orang yang paling beria dalam perkara-perkara cemni...terima kasih...sangat2

byk ok lilin atas kek tu

Add caption

senyum ni ikhlas tauuuu

WHAT A SURPRISE...


I received a bouquet of flowers today.........delivered to my office.....soooo surprise...sooo excited....sooo appeciated....rasa nk lompat2 bintang...eh, salah satu cara nk kurus tu...akan ku praktikkan nanti...hehehe
thank you so much darling...you really make my day :) I LOVE YOU SO MUCH....

Day Seven (19/6/11)

Breakfast with bihun goreng dan telur rebus sebijik....
Lunch with salad and mayo
Tea time with kekacang
Dinner with birthday surprise...ada kek, pizza, ayam goreng, air manis...ok
saya belasah semua....setahun sekali kotttt org nk celebrate birthday kita...ahahaha
kang tak makan kecik hati semua pihak....bagi menjaga hati, terpaksa la tabahkan hati sendiri...huhuhu

ok, let see how many kilossssss i lost for this week...
drum rollsssssssss...............


wow....agak memberangsangkan...en Ali, i'm not cheating ok....4 kilos for a week....Alhamdullilah...
how about u???

Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa.....

Insan yang aku panggil 'ABAH' telah kembali menemui penciptanya...
Hanya doa yang mampu aku hadiahkan...
Abah, rindu, sedih, sepi dalam hati ni....Hanya Allah swt saja yang tahu
Abah, tenanglah...damai lah di sana...
Ya Allah, Kau lapangkanlah kubur abah ku...Kau berikan lah sedikit cahaya di dalam kuburnya dan kau jauhkanlah abah dari sekasaan kubur...sesungguhnya, hanya pada Mu alu bermohon......
Abah, Selamat Hari Bapa......khas dari anak bongsu yang terlalu merindui abah....

gambar diambil sehari sebelum abah menghembuskan nafas terakhir....16 May 2011

hanya dia aku panggil 'ABAH'

Day Five (17/6/11) & Day Six (18/6/11)

amik....lama tk update makan apa...sendiri pun dah lupa...
ok..ok...start 17/6/11


Jumaat
Breakfast: bubur nasi kemarin...belasah 3 sudu + telur lagik....aiyakkk
Lunch: roti gardenia sekeping dan ikang gulai seketul....FAILED lagik
Minum petang: kuih dr AVON...g drg talk...ahahahaha....amik
Dinner: ikan goreng 2 ekor...sayur....


Sabtu (18/6/11)
Breakfast: telur 2 bijik
Lunch: ayah roasted GIANT seketul
Dinner: ayam roasted GIANT 2 ketul TAMBAH bihun sup semangkuk kecik lagi ok


owh, hari ni hari timbangan.....harap ada gram yang turun...
En Ali, ada bagus ka hari ini??? berdebar kah? Gembira kah?

Thursday, June 9, 2011

Impian bakal jadi kenyataan....

En Pirate....agak-agaknya apa yang akan kita umumkan dalam masa 60 hari ni nanti ada hati-hati yang akan terluka tak?
hehehehe...saya sangat teruja....sangat-sangat :)

Ya Allah, permudahkanlah.....

Setelah lama berfikir-fikir....berkira-kira...bercita-cita
Akhirnya, permohonan untuk sambung belajar telah ku hantar
Ya, Allah...sekiranya inilah yang terbaik untuk ku, Kau permudahkanlah urusannya
Sekiranya ini dapat membantu aku dan emak....Kau tunjukkan lah jalannya....
Sekiranya ini masa depan ku....ku pohon Kau rahmati aku sepanjang pengajian aku nanti
AminYa Rabbal Alamin...

Friday, May 27, 2011

Pergi yang tak kembali

17 Mei 2011 bersamaa 13 Jamadilakhir...pasti jadi tarikh amat bersejarah buat kami sekeluarga...
aku kehilangan satu-satunya insan yang aku panggil ABAH....yang tidak akan ada galang-gantinya...
aku redha dengan pemergian abah, cuma kesedihan, kehilangan dan kerinduan tk mungkin akan hilang...
aku hilang separuh dari diri aku...mana lagi nk aku kongsi cerita suka duka aku....cerita yang tk mungkin aku kongsi dengan mak...mana lagi aku nak dengar tawa gelak abah....mana lagi aku nak dengar cerita abah....cerita2 yang pasti buat semua org ketawa....abah pergi dengan pesanan supaya aku jaga mak....aku rela, aku jua akur....selagi ada hayat, selagi ada kudrat...pesan abah tak akan aku ingkar....

abah pergi di saat aku belum puas menjaga dia....belum terasa berat bahu ini mengangkat dia....belum terasa kecut jari ini memandikannya...belum terasa lenguh tangan ini menyuap dia makan....abah, abah, abah....dengan siapa lagi aku boleh panggil macam ni.....abah, rindunya kami pada abah...





pagi ni pergi kubur abah....aku dudukjauh sedikit dari emak...
sengaja bagi dia masa 'bersama' abah...aku tahu dia sedih...aku tahu dia nangis...
aku biarkan...sebab aku juga rasa apa yg mak rasa....
kami berdua hilang orang yang paling bermakna dalam hidup...



Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa bapa ku....Kau terangkanlah kuburnya....
Kau jauhkanlah dia dari seksaan-Mu...sesungguhnya hanya pada-Mu aku bermohon....
Kau ampunkanlah segala dosa2 kami...sesungguhnya kami ingin bersama2 memasuki syurga-Mu Ya Allah
Amin..





Wednesday, February 16, 2011

S.A.D

What else do i need to say..
Thank You....Thank You...Thank You
You make my life so meaningful....so beautiful
I have to go....I have to let you go too
Please pray the best for me

Friday, February 11, 2011

Ini Lah Yang Dinamakan C.I.N.T.A


Ya Allah...ni la orang-orang yang boleh buat hati saya sayu nak tinggalkan kerja ni...
Betul...andai satu hari nanti rezeki saya di tempat lain...saya mahu sahabat macam ni
Tiada keji dalam hati, tiada nista bila berbicara...cukup sempurna
Terima kasih sabahat....masa saja dpt pertemukan kita semula
Terima kasih juga buat saya rasa sangat berharga dan bermakna di sini
Doakan urusan kita dipermudahkan...
Andai ada jodoh, berjumpa lagi kita

Wednesday, February 2, 2011

My Love


Thanks Allah for giving me this happiness...I Love my family damn much!
Hope, this happiness lasting forever...


Monday, January 31, 2011

Buat warga wilayah

SELAMAT HARI WILAYAH 
SAYA SEDANG BERCUTI...ANDA BAGAIMANA?

Life Must Go On

I was calculating my last day here. Felt so sad...I will definitely miss my friends here...the office....bosses... All that I left here, will surely be the most beautiful things in my life. 
But, life must go on.  Believe in Qada and Qadr......there are better chances in front of me.
Insyallah 


Thank you All.....u make my life so beautiful :)

Sunday, January 30, 2011

Salam All

Salam,
My first entry for my second blog
First blog? become my private blog a.k.a my diary
Nothing much to say....
Please wait for my next entry....next business plan
Insyallah